Program Kitar Semula yang dijalankan telah menanamkan semangat kesedaran tentang alam sekitar di kalangan murid-murid. Guru dan kakitangan turut sama berganding bahu menjayakan program ini. Murid-murid telah diarahkan membawa barang-barang yang boleh dikitar semula. Barang-barang akan dikumpul mengikut kelas masing-masing. Kemudian ia akan ditimbang menggunakan penimbang. Timbangan yang paling berat akan dikira sebagai pemenang. Pogram ini sangat bermanfaat kepada murid-murid kerana sampah tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya tetapi "Fikir dulu sebelum buang".
.jpg)